Halaman Utama

MUKADIMAH

Salam ukhwah, ranting seputih ranting Keramat, Simpang Tiga Kampung Baru rumah beradab. Tujuh petala langit diriku diangkat kesaksian, tujuh petala bumi diriku langkah, sembilan simpulan satu diriku berdiri gah, satu ikatan sembilan kebolehan, sembilan simpulan satu aku berhajat taat, tiga simpulan satu aku tunduk hormat. Salam salam keramat, salam ukhwah salam bersahabat,gersang bumi kerana panas, gersang langit kerana mendung, gersang manusia kerana jahil, gersang diri kerana tiada kejujuran, gersang hati kerana hilang hidayah, gersang akal kerana hilang tawakkal, yang datang gersang nafsu, tenggelam dalam diri sendiri ingat ingat sahabat aku. Darah bangsa kita jangan di alirkan, maruah bangsa kita jangan di cemarkan, tanah air kita pertahankan, ini dunia, tiada siapa yang tahu kejadian mendatang, anasir luar meluas tanpa di sedari, bangsa melayu masih lalai lagi, ingatkah kata pemimpin kita pejuangan belum berakhir benar!!! sana sini darah sendiri jatuh ke bumi, bangsa asing tepuk berdiri, maruah bangsa kita dilelong orang sendiri.

TENTANG KAMI

My photo
Kg Baru, Kuala Lumpur, Malaysia
Pertubuhan Persahabatan Malaysia (SAHABAT) ditubuhkan bertujuan untuk mengukuhkan nilai-nilai persahabatan yang kuat di kalangan rakyat yg beragama Islam di Malaysia.Penubuhan PERTUBUHAN PERSAHABATAN MALAYSIA (SAHABAT) diharapkan dapat mengeratkan persahabatan di antara masyarakat melayu khususnya BELIA-BELIA ISLAM di seluruh tanahair.(SAHABAT) yang beroperasi di Taman Permata dan Kampung Baru, Kuala Lumpur telah diluluskan penubuhannya pada 11 April 2005. Kini ia sudah mengumpul lebih 180 000 ahli dari seluruh Malaysia.Idea penubuhan SAHABAT tercetus berdasarkan semangat perpaduan di kalangan masyrakat melayu Islam dan ternyata ia perlu diperkukuhkan lagi.Selain kerajaan, perlu ada satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berusaha ke arah itu. Kelebihan menyertai Sahabat ialah dapat menjalin perhubungan dan kemesraan sebagaimana seorang sahabat. Jadi kehidupan itu akan jadi lebih selesa. Nama Sahabat menjadi pilihan kerana ia bermaksud "kawan yang paling rapat dan boleh bertolak ansur serta bertimbang rasa". Ia adalah satu-satunya PERTUBUHAN di Malaysia yang memberi banyak manfaat dalam memperjuangankan Agama,Bangsa & Tanahair kita.
No posts.
No posts.